Harian Metro: All Cosmos kuasai 80% pasaran

Harian Metro: All Cosmos kuasai 80% pasaran

17

All Cosmos Industries Sdn Bhd (All Cosmos), syarikat pengeluar baja optimis mencatatkan RM800 juta perolehan menjelang 2015 bersandarkan pengeluaran produk baja bio pintar yang akan dipasarkan di Malaysia dan China.

Ketika ini, All Cosmos mencatatkan kira-kira 80 peratus penguasaan pasaran dalam segmen baja bioteknologi di Malaysia dan menjadi peneraju pasaran dalam semua segmen baja di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tony Peng berkata, pengenalan produk itu membolehkan syarikatnya memasuki pasaran China dengan mudah memandangkan produk itu mendapat sambutan.

Beliau berkata, baja bio pintar mempunyai banyak kelebihan kepada tanaman terutama untuk berskala besar kerana ia tidak merosakkan tumbuhan, memberi kesan buruk kepada manusia dan halal.

Source: Harian Metro
Facebook